Wednesday, October 14, 2009

SAHABAT YANG JAUH


Satu lagi gambar yang mengimbau kenangan lama semasa menuntut di Izzuddin. Masa cuti sekolah, aku dan gang pergi bercuti di rumah seorang rakan kelas iaitu rumah Abdul Basit di Parit Buntar.

Abdul Basit ni adalah anak saudara Mufti Perak Tuan Haji Harussani.Ayah Basit merupakan abang kepada Mufti Perak ni. Dalam gambar tu dari kiri, Anjang, Basit, ayahanda kepada Basit dan Samsul Busra lulusan sebuah Universiti di Jordan yang kini menjadi mudir sebuah sekolah tahfiz di Tapah yang diwarisi daripada ayahandanya. Abdul Basit dan Anjang pula guru di tempat asal masing-masing.

Aku tak pasti apa agenda kitorang semasa pergi ke rumah Basit ni. Mungkin kami memang rapat maka keputusan untuk berziarah menjadi mudah. Yang pastinya aku lihat ayahanda Basit ni memang seorang yang banyak ilmu agamanya. Sememangnya keluarga mereka terdiri dari orang2 yang mendalami agama seperti Mufti Perak yang sangat disegani. Keluarga Basit merupakan keturunan Melayu Banjar yang sangat tekun mengerjakan suruhan agama dan penyebaran ilmu syariah dan usuluddin.

Bila menyentuh pasal mufti perak ni, aku cukup sedih kerana sejak kebelakangan ini orang2 yang berkepentingan dalam politik telah memperlecehkan Mufti kerana merasakan beliau berpihak kepada musuh politik mereka. Sedangkan aku merasakan Mufti ni sangat neutral dan tidak berpihak. Kalau nak katakan berpihak, aku cukup kenal dengan ahli keluarganya yang sangat menyokong satu parti siasah politik yang memperlecehkan mufti ni. Aku rasa cukuplah setakat ni. Tak berani nak cakap lebih2, takut tersalah cakap.

Namun aku dah lama tak jumpa dengan Basit. Lebih 20 tahun yang kali terakhir selepas SPM. Dua orang rakan lagi tu ada berjumpa terutamanya anjang. Mungkin faktor masa dan lokasi yang jauh belum membantu kami untuk bertemu.

2 comments:

  1. ok tu. tak berapa sensitif la. Aku rasa ok je

    ReplyDelete
  2. Rumah mak pak basit tu dat tak da. Sekarang dia dok banglo setingkat. Aku sesekali balik ada gak jumpa dia. Tapi dia lain sikit la ni sbb dah jadi pegawai btp di parit buntar. Mak dia pun lama aku tak tengok rasanya dah tak da kut

    ReplyDelete