Thursday, October 8, 2009

AKU, SEKOLAH DAN KUBUR


Pelik pulak bunyi tajuk entry ni kan. kenapa pulak tiba2 nak cerita pasal kubur dan apa kaitan kubur dengan sekolah. Gambar ni aku ambil dari google earth. Kalau korang perhati yang nampak putih dalam kawasan lapang, itulah tanah perkuburan Islam Taman Ibukota yang biasa kita dengar samada dalam berita atau apa2 artikel yang berkaitan dgn pengkebumian terutamanya yang melibat kes2 berprofil tinggi atau pengkebumian vip mahupun vvip.

Apa pulak kaitannya dengan sekolah.Nama sekolah dalam gambar adalah SK Seri melati, nama lama yang dah ditukar kepada SK Setapak Indah. Sekolah ini adalah sekolah tempat aku mengajar sekarang. Sekolah ni betul2 letaknya bersebelahan dengan tanah perkuburan ini. Bukan tanah perkuburan yang terletak bersebelahan dengan sekolah sebab tanah perkuburan telah wujud terlebih dahulu. Mengikut kata penduduk sekitar sini, terdapat banyak mangsa2 peristiwa hitam 13 mei suatu ketika dahulu yang disemadikan di sini. Itu menunjukkan ia telah lama wujud.

Apa pulak kaitannya kubur ni dengan aku. Ha, meja aku dibilik terletak paling hampir atau ditepi tingkap yang mengadap kubur ni. So, setiap pagi rutin aku ialah buka tingkap dan merenung sejenak ke arah pandangan lapang kubur. Tak pernah mis sejak aku mengajar di sekolah ini selama 12 tahun. Dan sudah pastinya aku melihat pertambahan bilangan dan baris kubur setiap hari. Insaflah sekejap, balik sekolah lupa keinsafan pagi tadi.

Berbalik kepada cerita pasal tanah perkuburan Taman Ibukota ni, sangatlah luas dan sesak. Korang boleh tengok sendiri saiz kawasan sekolah dengan kawasan kubur. Boleh dikatakan setiap hari ada upacara pengkebumian di sini. Anak murid aku malah ada juga ibu seorang cikgu yang mengajar di sekolah ini dikebumikan di sini. So, setiap harilah dia tengok kubur mak dia dari bilik guru.

Kalau yang dikebumikan tu vip dalam kalangan tentera dari kem berdekatan seperti kem wardiebun maka penuhlah anggota berpakaian hijau dan dirian khemah2 sementara. Kalau pengkebumian melibatkan kes berprofil tinggi seperti adik Nurin Jazlin Jazimin atau pendaki everest yang kontroversi dulu maka adalah pulak kawalan dari anggota polis. Kalau pengkebumian yang melibatkan jenazah artis pulak, penuhlah artis2 tanahair seperti pengkebumian jenazah pelakon veteran Husin Abu Hasan dan ramai lagi.

Maka kitorang warga sekolah, guru2 dan murid hanya memerhati sahaja dari atas. P&P terus berjalan walaupun talkin sedang dibacakan. Ada satu peristiwa aku lihat, jenazah yang pertama dalam proses mengambus tanah, datang pulak satu lagi jenazah menunggu giliran. Terpaksalah tunggu selesai talkin jenazah pertama.

Tanah perkuburan ini juga popular sebagai lokasi penggambaran kepada pembuat-pembuat drama atau filem. Maka penuhlah artis, pelakon dan krew filem dengan ragam mereka. Pepaham aje la. Takpe, lain kali aku cerita lagi pasal Tanah Perkuburan yang selalu kita dengar dan lihat di kaca TV ni sama popular macam Tanah perkuburan Jalan Ampang dan Bukit Kiara.

1 comment:

  1. menarik jugak cerite tanah kubur nih.
    hihihi. terbayang camne muka abg zayyat tengah bercerite. huhuhu. kalau la masa itu boleh kite putar kan terbalik....

    ReplyDelete