Saturday, October 10, 2009

ROCK (2)


Kalau orang lama macam anjang, agak2 kenal tak penyanyi rock yang duk kat tengah2 tu dengan dikelilingi oleh pelajar2 sekolah agama. Mesti peminat2 rock yang membesar pada sekitar tahun pertengahan 80an kenal penyanyi yang suaranya sedap dan ada kelasnya tersendiri.

Pada yang masih meneka, itulah aris ariwatan yang antara lagunya yang terkenal ialah lamunan terhenti. Betul ke tajuk lagu ni anjang. Dalam gambar tu yang berdiri kebanyakannya batch aku di Izzuddin. Yang bagusnya ada duapeminat yang duduk mencangkung depan paling kiri dan kanan adalah pelajar junior kitorang. Bila konsert boleh la berbaik pulak dan cover line masing2. Yang lelain tu ustaz sham, cikgu razak, ustaz izam, aku la pulak, mencangkung tengah rani dan ikram(berbaju hitam).

Cuma sekarang aku terfikir balik, dalam banyak2 hal pasal konsert, kenapa anjang tak pernah terlibat sedangkan dia adalah pemuja rock kapak. Ada dua jawapan yang mungkin.

1) Anjang tengok konsert pada masa dan waktu yang lain.(masa tu memang selalu ada konsert rock di stadium tertutup Indra Mulia,Ipoh

2) Anjang tak mahu terlibat dengan budak2 lompat pagar sekolah

Apa-apa pun itulah zaman yang sungguh seronok. Yang bagusnya, bila sesekali reunion, masih ada lagi sisa2 dan baki sifat2 rock kapak pada batch kitorang. Ya, mungkin sebab kitorang membesar dengan lagu2 rock kapak malah masih ada lagi penyanyi rock kapak yang terus berjuang di bidang seni seperti Mus May, Amy Search, Awie Wings, dan ramai lagi. Cuma pendekatannya mungkin berbeza selari dengan usia yang semakin meningkat. So, samalah dengan peminat diorang seperti kami.

7 comments:

  1. yat aku pergi konsert selalu sorang-sorang. Contoh konsert rozana dan konsert wing. Yang aku tak dapat pergi masa konsert rusty blade. Penyanyi yang tengah tu tak silap aku aris ariwatan masa tu dia main ngan SYJ

    ReplyDelete
  2. satu lagi yat, sebenornya tak de yang ajak aku pergi, aku pun tak tau kome pergi. Mungkin ada yang ingat aku talibarut ustaz mad. sebab masa aku dioffer jadi pengawas masa form four ramai yang cakap aku talibarut ustaz mad. Masa form 6 memang ustaz mad pernah ajak aku tangkap budak keluor malam.Aku buat dek je. gila engko aku nak tangkap budak-budak. aku pun ada kirim nasi goreng.

    ReplyDelete
  3. yat best nya zaman ni kan. happening, meriah dan fening pun ada

    ReplyDelete
  4. hihihi.
    tapi kan budak sekolah agama mmg suke lompat pagar la kot.
    kat skola pat dulu pon ade je akak akak yg lompat pagar.
    tapi pat tak ye.
    i budak baik.
    wakakaka.

    ReplyDelete
  5. hehe...anjang sebenornye penakut huahua...jgn marah ha...

    ReplyDelete
  6. Salam

    Batch kami (8084) dpt pergi tengok sweat Charity & Blues Gang (tak ingat tahun bila?). Bukan saja panjat pagar sekolah (atau ikut lubang longkang) tapi siap panjat pagar stadium.

    Masuk punya awal sbb nak tengok SC & BG practise!

    Lukmanw

    ReplyDelete
  7. Budak2 Izzuddin memang hebat. senior ngan junior sama je. he he.

    ReplyDelete