Friday, October 9, 2009

AKU DAN ANJANG (2)


Dalam gambar ni ada kawan aku anjang yg aku cerita dalam entry yang lepas. Agak2 korang yang mana satu anjang. Jeng! jeng! anjang yang tengah duk sedap balun lagu tu. Gambar ni diambil masa kitorang gang2 xstudent Sekolah agama Izzuddin Shah buat reunion kat tanjung malim. Tanjung malim ni banyak kenangan aku sebab aku duk kat maktab sini dulu. So, kitorang buat reunion kat restoran yang santai iaitu Dusun Bay . Masa dulu tak ada lagi tempat ni.

Dua orang lagi dalam gambar tu Nizam seorang anggota keselamatan berpangkat juga dan Saiful Azhar. Berbalik cerita pasal anjang ni, dia cukup suka jamming. Dia memang berbakat dalam seni muzik. Kalau baca blog dia ada bercerita pasal persembahan yang selalu dibuat untuk sebarang majlis di sekolahnya. Tapi bukanlah dia yang buat persembahan tapi pengurus kepada pelajar2nya. Kalau di luar sekolah, ha tengoklah gelagat dia. Aku dan gang duk perangat supaya dia memberikan suara pada malam tu. memang kelas dan tak mengecewakan. Aku yang tak boleh menyanyi ni cuma tumpang seronok dan bangga.

Anjang kata nafas dia dah semput sikit tapi aku rasa masih kuat dan mengancam. Ok tu anjang. Next reunion pastikan tempat yang ada karaoke. Boleh tahan budak sekolah agama ni.....

1 comment:

  1. Yat aku memang jarang karaoke tak de gang. Lagi pun kalau pergi tempat karaoke selalunya ramai budak-budak muda. Segan jugak. Sesekali jumpa geng tak de le berapa segan sangat

    ReplyDelete