Tuesday, October 13, 2009

KUALA LUMPUR OH KUALA LUMPUR



Dalam aku dok belek gambar2 lama, terjumpa la gambar ni. Jadi aku pun nak kongsi la dengan korang semua. Gambar ni nampak macam biasa, tak ada apa yang istimewa, setiap tahun pasti kita lihat di kaca tv. Tapi jadi istimewa sebab inilah pandangan dari balkoni belakang kuarters aku. Betul2 pandangan lepas kepada klcc. Jadi kalau ada pertunjukan bunga api pada malam sambutan merdeka atau tahun baru, family aku hanya perlu buka pintu belakang tempat jemuran kain.

Berdentum aja kat klcc, maka berdentum juga la apa yang ada dipaparkan dalam tv. Inilah satu lagi keistimewaan tempat tinggal aku. Kalau ikut potongan elaun rumah dan separuh cola hanya RM330 tapi nilainya jauh lebih rendah kalau menyewa premis yang lain. Kalaulah kuarters aku ni premis swasta, pasti sewaannya lebih seribu ringgit.

Kalau di bahagian balkoni depan, pandangannya adalah menara KL, PWTC atau bangunan UMNO dan Istana Budaya. Oh! memang indah panorama kota, lebih2 lagi selepas hujan sebab pandangan akan cerah dan bersih dari jerebu.

Sayangnya ini bukan rumah kepunyaan aku. Hanya kuarters yang menjadi tumpangan selagi aku berkhidmat di Kuala Lumpur. Agak2nya macammana la kalau aku berpindah atau bertukar ke tempat lain nanti. Kalau ada insan yang tinggal sekejap atau lalu saja pun dah jadikan lagu Kuala Lumpur Oh Kuala Lumpur, aku merindui mu sebagai lagu kenangan.....Inikan pulak aku yang lebih sedekad tinggal di tengah2 pusat bandaraya.

1 comment:

  1. masa dok kat flat 73 bandar baru sentul dulu, camni gak pemandangannye. rasa flat tu dah takde dah kot. sebab ada org kata nak roboh wat stesen lrt. best tau masa dok situ. kehidupan ala ala kampong betol. kalau ade lelaki asing masok kan, semua makcik makcik dtg menyiasat sehhh. jgn tak tau. ade yg dpt warning lg. mmg terpelihara sungguh la dok kat situ. masa bulan puasa, ade terawih kat surau bawah siap ngan moreh sekali ok. seronok biler ingatkan. tp 5 bulan saje kat situ. ape boleh buat. sewa kat situ mahals giler. RM600 sebulan. kitorang share 6 org. kalau sensorang, alamat makan cat dinding ngan dinding dindingnye sekali ler gamaknye.

    ReplyDelete