Wednesday, October 21, 2009

OH! SAHABAT


Setiap orang pasti mempunyai ramai rakan, sama ada rakan lama atau rakan baru. Setiap perubahan masa bilangan rakan pasti akan bertambah dan dari pelbagai golongan. Untuk diri aku, aku boleh kategorikan rakan2 dalam beberapa kumpulan.

o Rakan sekampung (2 buah kampong)
o Rakan sekolah rendah (3 buah sekolah)
o Rakan sekolah menengah (2 buah sekolah)
o Rakan sekerja di kilang (Epson)
o Rakan Institut perguruan
o Rakan sekerja di sekolah
o Rakan hal2 bersebab

Setiap kategori rakan sangat membentuk peribadi dan persepsi aku terhadap apa yang dikatakan kawan, rakan, teman atau sahabat. Ramai juga rakan aku yang telah berjaya dalam hidup dan kerjaya masing2 dan aku sungguh bangga apabila menyentuh cerita tentang mereka. Paling tinggi dalam jawatan sektor awam sehingga berada pada gred 52
dan Jusa. Begitu juga sektor swasta dan yang bergerak dengan kerjaya sendiri seperti usahawan dan ahli perniagaan.

Namun ada juga rakan aku yang kecundang di tengah jalan angkara dadah tapi sempat berpatah kembali. Bilangannya tidaklah ramai, hanya seorang dua sahaja. Bagi aku, walau apapun warna kehidupan mereka, aku tetap menganggap mereka rakan aku tanpa ada perbezaan. Yang kurang, lebih, tertinggal, maju dan sebagainya.

Cerita pasal rakan ni, aku pernah mengalami sendiri satu peristiwa yang aku kira sangat menyentuh hati. Peristiwa tu terjadi semasa aku berniaga air minuman di bazaar Ramadhan. Masa tu aku dah jadi seorang guru tapi kebetulan bulan Ramadhan jatuh penuh dalam cuti hujung tahun, maka ramai guru mengambil kesempatan cari duit raya berniaga di bazaar Ramadhan.

Suatu hari tu, sedang aku berjual beli dengan pelanggan, aku saling berpandangan dengan seseorang yang seperti aku kenal. Oh! rupanya seorang rakan lama di sekolah menengah. Memang kami saling sangat mengenali sebab biasa bergurau senda semasa sama2tinggal di asrama. Rakan aku ni memang telah berjaya dan mempunyai firmanya sendiri. Tak perlulah aku beritau apa kerjayanya.

Selepas menegur sepatah dua dalam keadaan tergesa2, dia minta berlalu untuk ke gerai yang lain dan berjanji akan datang semula. Aku pun menunggunya sebab seronok jumpa kawan lama. Harapan aku cukup tinggi untuk bersembang dan bertanya khabar. Aku tak rasa rendah diri atau malu walaupun dia lebih berjaya dalam hidup sebab aku pun seorang guru yang hanya ambil kesempatan untuk berniaga. Lagi pun apa yang nak aku malukan.

Tunggu punya tunggu, sampai habis waktu berbuka, rakan aku ni tak muncul2. Biasanya peniaga bazaar Ramadhan akan berbuka puasa di tapak perniagaan dengan bertukar2 jenis jualan yang berbaki dengan rakan2 niaga sekitar kita. Tiba2 aku rasa sebak tapi taklah sampai menangis, kenapa rakan aku ni tak datang balik. Bukannya aku minta dia beli bahan jualan aku. Kalau aku tau dia tak datang balik, aku pasti akan titipkan sebungkus dua minuman jualan aku dan bertukar nombor telefon supaya boleh berhubung selepas itu. Apalah sangat kalau nak banding dengan harga sebuah persahabatan.

Dari peristiwa itulah, persepsi aku cukup2 negatif terhadap rakan sekolah. Tapi seorang rakan aku Roslee mula mengubah kembali persepsi itu kerana aku merasakan tiada halangan dan tembok pemisah persahabatan walau apa warna kehidupan kita sekarang. Memang hati manusia sukar untuk kita duga. Namun kini aku juga berandaian positif, mungkin rakan aku itu terlalu sibuk masa tu atau terlupa. Tetapi yang aku hairan, dia juga tak pernah lagi join kalau kitorang buat reunion atau perjumpaan semula.

Itulan secebis kisah yang menjadi pengajaran dan ingatan kepada aku supaya tidak menghampakan orang lain. Apa2 pun aku cukup gembira kini kerana dikelilingi rakan2 yang sentiasa ceria dan gembira dengan gurau senda. Apa lagi yang perlu kira cari, selain rakan yang seiring dan setara dengan kita. Kalau ada rakan yang hebat itu merupakan satu bonus kepada kita tapi bukan untuk mencari peluang dan mengambil kesempatan…..

6 comments:

  1. Cikgu Zayyat memang tidak berputus asa dlam kehidupanye.
    Saya berharap cikgu chihat sejahtera dlm kehidupan cikgu.....
    cyayang cikgu.......

    ReplyDelete
  2. Terkejut aku tengok mesej yang dihantar pada diri sendiri. Ha ha ! baru aku teringat tadi ada anak murid aku tumpang tengok blog aku masa aku sign in tadi kat makmal komputer.

    ReplyDelete
  3. mcm tu la zayyat,manusia,biasa la...jadikan pengajaran utk kita, manala tau nanti kot ko jd pengarah ke, ko x knl aku plk. Apa pun aku dpt rase perasaan ko tu. Dulu zam slalu sebut bbrp nama kwn2 kita di IPTA lps sis,zam kate dorg sombong sampai zam pun terasa. Ade juga nama yg zam sebut tu kan aku tgk skrg ni ok jer....tak tau la mana yg btl,mgkin dah brubah kot,alhamdulillah la, aku ni lame x jumpe korang, tak tau la aku...tp jgn ko eksen dgn aku yat...jage ko,kite kan penyamun tarbus hehe...zmn jahiliyyah

    ReplyDelete
  4. Salam Zayyat

    Itulah resam dunia. Kegagalan saya (bukan sekali malah dua kali) di IPTA mematangkan dan pada masa yang sama dapat menyelam sanubari rakan-rakan yang sedang dan masih diuji-Nya.

    Semasa (dan masih) mengumpulkan rakan-rakan satu batch (http://izzuddin8084.blogspot.com), ada yg berjaya kdg-kala meninggi diri terlupa bumi dipijak, tetapi alhamdulillah ramai yg masih mengenang bumi yg dipijak walaupun tangan sudah menjangkau awan.

    Sbb itu panduan bertemu tak kira di alam nyata atau siber, lupakan dan tinggalkan keegoan. Sama-samalah kita menjalin semula persahabatan yg terputus.

    Lukman

    ReplyDelete
  5. Thanks semua, izam, kita memang pernah buat satu kesalahan yang beso semasa di SIS.tapi kita berani mengaku. sebaik2 manusia ialah yang berani mengakui kesalahan dan kelemahan.
    Bro Lukman, memang menjadi inspirasi aku sejak kenal dgn blog dia, gagal sekali tak semestinya terus gagal. Semua tu menjadikan kita jadi lebih kuat. Thanks semua...

    ReplyDelete
  6. Aku rasa aku tau siapa yang engko maksudkan. namun biar la Aku, engko dan Allah Swt sahaja yang mengatahuinya. Memang sedari dulu dia tak mau joint kita maklumlah dia dah banyak harta dunia dan mungkin tak dapat apa berkawan dengan kita yang marhain ni.

    ReplyDelete