Wednesday, October 28, 2009

JAMBATAN GANTUNG



Sebagai seorang guru, amatlah menyedihkan apabila mendengar berita tentang jambatan gantung runtuh di Kuala Dipang, Kampar, Perak yang menyebabkan ramai nyawa terkorban. Maka pelbagai reaksi dan komen dapat kita dengar dan baca setiap hari di media massa setiap hari. Guru tak menjaga keselamatan murid, murid menghenjut jambatan dan pelbagai lagi reaksi spontan yang kadang2 nampak macam #@*&%!...

Bayangkan tiang sebuah jambatan gantung boleh terbongkah tapak tiangnya hanya dengan henjutan 20 atau 30 orang murid yang jumlah beratnya dalam lingkungan maksimum 40kg x 30 = 1200kg. Saya juga melihat bilangan murid yang ramai di atas sebuah jambatan gantung serentak dalam satu masa. Kalaupun bilangan murid yang ramai , takkanlah jambatan itu dibina tanpa keupayaan untuk menyerap berat yang berlebihan dalam satu masa. Tambahan pula jambatan itu masih baru dan sudah tentu dilihat sebagai masih kuat dan kukuh.


Saya ingin berkongsi pengalaman tentang jambatan gantung di kebanyakan tempat di Sabah yang banyak dibina untuk merentangi sungai2 di sana. Saya pernah menjadi jurulatih dan mengiringi kontinjen Kuala Lumpur ke perkhemahan kebangsaan unit uniform sekolah di Malangang, Kiulu Sabah. Mungkin ramai rakan2 guru dan ustaz yang tahu tempat ini. Kami juga mengadakan aktiviti berjalan malam yang memerlukan para peserta melalui jambatan gantung pergi dan balik. Bermakna, peserta perlu melalui jambatan gantung sebanyak dua kali.


Kebanyakan jambatan gantung di Sabah lebih berusia dan lebih panjang, tetapi kami bersyukur kerana tidak berlaku apa2 tragedi. Seperti sudah menjadi peraturan tanpa bertulis, melintas jambatan gantung ini ada caranya. Itupun mengikut jurulatih2 yang berasal dari Sabah. Peserta atau pelintas jambatan ini hanya dilepaskan 5-10 orang dalam satu2 masa. Selepas sampai ke seberang, barulah kumpulan lain menyusul. Itupun, setiap pelintas dilepaskan dengan jarak 2 hingga 3 meter antara mereka. Dengan panjang jambatan yang hampir atau mungkin melebihi 50 meter (rakan2 di sabah boleh betulkan anggaran ini) maka sebarang kejadian buruk dapat diatasi. Apa2 pun itu adalah kehendak Allah jua.

Dan seperti biasa guru2 akan menjadi bahan untuk diperkatakan apabila terjadi tragedi seperti ini. Berdasarkan apa yang saya pelajari serba sedikit kejuruteraan awam tentang asas dan cerucuk dan berdasarkan gambar tiang yang terbongkah, adakah kedalaman dan keluasan asas itu memadai untuk menampung berat jambatan(beban mati) + berat pengguna termasuk henjutan(beban hidup). Hanya mereka yang pakar sahaja yang mengetahuinya…………..

Mudah2an guru2 mengambil pengajaran dari tragedi ini kerana perlindungan amat jauh dari kita bila berlaku kes2 seperti ini. Oleh itu berhati2lah apabila mengiringi murid ke sebarang aktiviti di luar sekolah terutama menggunakan kenderaan sendiri. Adakah anda dilindungi…….?

3 comments:

  1. aku stuju tu zayat,balik2 cikgu jg yg jadi kambing hitam,ni la yg susah, betul aku setuju prosedur naik jambatan gantung mcm yg ko tulis dan aku jg stuju dgn pandangann ko, tak kan la budak2 tu melompat2 jambatan tu boleh runtuh, ape punya jambatan mcm tu. Kwn2 aku kat Sabah tanye aku, jambatan tu mcm kat taman permainan punye,tiang die je mcm batang pinang. Teruk betul.Apa pun aku rase bende ni nti lama2 org lupa la, sampai berlaku lg peristiwa lain,pas tu mcm besa, cikgu jg yg jd kambing hitam. Tak gitu anjang, sham n sape2 la

    ReplyDelete
  2. Bermakna betullah tu peraturan melintas jambatan gantung di Sabah. Aku rasa jambatan yg runtuh tu asas tapak dia tak cukup besar dan dalam. thank izam

    ReplyDelete
  3. Aku terlepas berita ni. Banyak sangat kerja minggu ni samapai tak mengitu berita. Apa pun Cikgu memang menjadi hentaman masayarakat dalam apa jua isu.
    Tunggu masa je, ada he isu, guru mesti kena hentam

    ReplyDelete