Friday, July 9, 2010

KEMBALI

Sudah agak lama aku tak menulis dalam ruangan ini. Aku pun tak tahu kenapa tiba2 semangat ku menjadi beku dan kaku. Yang pasti, satu laman sembang popular terkini yang menjadi kegilaan ramai orang mempengaruhi tumpuan aku.

Kerana menyedari hakikat itu maka aku rehat seketika dan menarik diri dari laman sembang untuk memberi tumpuan kepada blog yang aku sayang ini. Memang menyeronokkan melayari laman sembang itu. Kesannya amat sekali, kerananya aku dapat berhubung semula malah sehingga dapat berjumpa kembali melalui program reunion yang diusahakan bersama.

Namun aku juga perlu menyedari bahawa tanpa kawalan disiplin yang baik, sedikit sebanyak tumpuan aku kepada urusan kerja dan keluarga terjejas tanpa disedari. Tidak mengapa untuk yang boleh mengawal diri tetapi tidak untuk diriku, kerana aku amat lemah untuk mendisiplinkan diri.

Blog pula memberi kepuasan kepada diri sendiri. Aku bebas untuk melontarkan idea tanpa sekatan dan rasanya aku boleh mengawal diri ku untuk lebih bijak menggunakan masa.

Kepada rakan2 dan sesiapa juga yang mengenali diri ini, aku berjanji akan kembali ke laman sembang setelah aku dapat mengawal disiplin dan penggunaan masa yang bijak.

Tuesday, April 20, 2010

KONVOI PERDANA





Kalau suatu perancangan itu diatur dari awal, banyak halangan yang boleh menggagalkannya. Walaupun kita tahu pelan yang baik perlu ada supaya setiap yang dirancang dapat mencapai matlamatnya.


Maka bermulalah konvoi kami iaitu gang2 kuarters pendidikan untuk beriadah keluar dari kesibukan Kuala Lumpur. Tempat yang dituju ialah Kalumpang Resort yang terletak di Hulu Selangor. Resort yang berhampiran dengan bandar Tanjong Malim ini memang popular dan sesuai untuk seisi keluarga bermalam di pinggiran banjaran Titiwangsa.


Memang seronok bagi anak-anak bermandi-manda di sungai yang bersih airnya dan resort ini juga mempunyai kolam renang yang menggunakan air sungai yang dialirkan secara terus menerus.


Malamnya, kaum bapa menyiapkan makan malam ala BBQ. Yang bagusnya, kolam renang atau kolam mandi di sini boleh digunakan pada waktu malam. Anak-anak seronok menyambung aktiviti berendam pada waktu malam.


Selepas bermalam di sini, tanpa di rancang keesokannya konvoi kami meneruskan perjalanan mendaki banjaran titiwangsa. Destinasi yang dituju, Cameron Hinghland. Niat asal untuk turun pada hari yang sama. Tapi badan yang penat menyebabkan kami berpakat untuk menginap di Cameron Hinghland. Tambahan pula ada permintaan dari kaum ibu yang teringin nak bermalam di sini. Nak merasa kesejukan udara pada waktu malam. Dapatlah penginapan di Tanah Rata sebab di Berinchang semua hotel penuh kerana musim cuti sekolah agaknya.


Malam di sini, kami jalan-jalan cari makan di pasar malam di Berinchang tapi yang ada, ha! ha! hanyalah sayur-sayuran saja. Balik ke Tanah Rata singgah di restoran untuk cari makan. Semua orang dah lapar.


Keesokannya, kami check out awal menuju ke Berincang untuk belian akhir dan terus turun melalui Simpang Pulai. Semalam, kami naik melalui Tapah. Sebelum tu kami singgah di ladang Boh untuk merasa teh di tepi ladang. Tak ada yang istimewa. Lebih sedap kalau buat sendiri di rumah.


Singgah rumah rakan lama di Bidor kerana jemputan makan tengahari walaupun terlewat sehingga jam 3 petang. Rakan lama yang dahulunya pernah mendiami kuarters ini juga sama2 berkonvoi ke Kalumpang Resort dan Cameron Hinghland tapi turun pada hari yang sama.

Selepas makan dan berehat seketika, konvoi diteruskan untuk pulang ke Kuala Lumpur. Badan penat tapi berbaloi. Poket pun dah hampir kering. Hua hua hua.

Sunday, April 4, 2010

BUMI PERMATA 3 : Cikgu Norliah Saad

Darjah 5 Merah bersama guru kelas, cikgu Norliah Saad pada tahun 1982

P & P bersama guru Matematik

Cikgu Norliah Saad di hadapan kediaman guru yang disediakan oleh Felda


Lama rasanya aku tak memblog. Aku sendiri pun hairan dengan sikap aku. Pada mulanya dulu memang terasa nikmatnya kalau dapat meluahkan atau menebarkan rasa hati di ruangan ini. Tapi semangat tu semakin luntur bermula awal tahun ni. Sehinggalah Cikgu Norliah, guru sekolah rendah aku dahulu memberi mesej yang dalam maksudnya walaupun dalam bahasa yang santai.

Memang benar, rasa hormat aku terhadap mentor aku ni, mendorong aku untuk gagahkan jari menaip beberapa patah perkataan. Cikgu Norliah yang menggunakan nickname Cikgu N dalam shoutbox adalah bekas guru aku semasa aku dalam darjah lima di Sekolah Rendah Kebangsaan Besout. Ketika itu darjah 5 adalah tahun penting kerana dijalankan peperiksaan penilaian yang setara dengan UPSR pada hari ini.

Cikgu N, posting di Besout pada tahun 1981 kalau tak silap. Maka batch aku adalah muridnya yang pertama dan terawal. Itu juga menunjukkan bahawa batch aku adalah muridnya yang tertua yang kini dalam lingkungan 39 tahun. Dan dalam usia aku yang hampir menginjak 40 tahun, cikgu N masih gagah memberi didikan di sebuah sekolah di sebelah utara. Pastinya usia cikgu N hampair menjangkau 50 tahun kalaupun tidak melebihi.

Setelah hampir 27 tahun tak pernah mendengar khabar berita, tanpa aku sangka dapat berhubung semula dengan guru aku ni. Kisah awalnya adalah melalui laman sembang facebook. Itupun disebabkan seorang rakan sekelas aku semasa darjah 5 yang juga terputus hubungan dalam jangkamasa yang sama, menemui laman aku dan mencadangkan menghubungi cikgu N melalui lamannya. Baru sekejap tadi juga seorang lagi rakan aku semasa sekolah rendah iaitu Faridah Saad menghantar mesej untuk pengesahan. Nampaknya hubungan rakan lama dan bekas guru di sekolah rendah semakin bertaut kembali tetapi dalam suasana yang berbeza. Maklumlah masing-masing sudah melangkaui pertengahan usia.

Sungguh aku tak sangka dapat berhubung semula dengan rakan lama dan bekas guru, walaupun sekadar di alam maya. Maka dari sinilah perhubungan itu terus berkembang kepada rakan-rakan yang lain. Aku juga dapat merasakan aktiviti pendidikan cikgu N yang masih terus segar dan gagah melalui laman blognya. Kekadang aku sendiri terasa malu kerana aku yang juga bergelumang dengan dunia pendidikan kekadang terasa kalah sebelum berjuang.

Teringat suatu ketika dahulu, apabila aku tak hadir ke sekolah dalam beberapa hari kerana masalah kesihatan, dan pada suatu hari tu cikgu N bersama seorang rakan guru menziarahi aku di rumah tanpa disangka-sangka. Dan pada hari yang lain cikgu N memberi kelas tambahan secara percuma untuk aku seorang sahaja di rumah kediamannya yang disediakan oleh Felda untuk mengganti hari2 yang aku tertinggal. Itulah semangat guru-guru zaman dahulu. Kalau tanya kepada aku tentang semangat macam ni, rasanya tak sampai ke tahap tu lagi. Murid tak datang lebih seminggu pun , aku hanya bertanya kepada rakan murid itu sahaja dan setakat itu sahaja kemampuan aku. Untuk mengganti hari yang tidak hadir, rasanya jauh sekali.

Untuk kesekian kalinya, setelah hampir 30 tahun, aku ingin meluahkan penghargaan dan ucapan terima kasih kepada cikgu N yang mungkin tidak sempat aku ucapkan sebelum ini kerana mendidik aku sehingga sekurang-kurangnya aku 'menjadi orang'. Malah kemahiran Matematik yang diajar dahulu aku aplikasikan pula kepada murid-murid aku sekarang. My Cat Dislike My Dog Hong Kong. Inilah akronim yang diajar pada aku untuk mengingat sistem metrik bagi ukuran panjang yang kini masih relevan diaplikasikan kepada murid aku walaupun telah merentasi hampir 30 tahun. Tentu cikgu N masih ingat.

Tuesday, February 2, 2010

MANDI DI SUNGAI PERAK

Menggigil kesejukan

Hati-hati


Pada musim kering atau kemarau, air Sungai Perak juga turut surut dan timbullah beting pasir yang boleh kita kunjungi. Beting pasir ni masa air penuh memang tak nampak dan tenggelam.

Masa inilah, penduduk sekitar Kg Gajah atau Pasir Salak akan ambil kesempatan untuk mandi-manda di Sungai Perak. Apa-apa pun keselamatan anak2 perlu dijaga. Kitorang hanya mandi di tepian sungai sahaja.

Air Sungai Perak ni terasa sejuknya bila kita dah naik atas tebing. Memang seronok bawa anak2 mandi di sini. Tapi hanya musim kemarau saja la. Musim hujan jangan buat hal.

Monday, February 1, 2010

SUNGAI PERAK



Setiap kali balik ke kampong, pasti aku akan melintasi Sungai Perak kerana kampong mertua aku di Seberang Perak. Bila ada atas jambatan, sungai perak ni nampak begitu cantik. Luas terbentang begitu gagah membelah negeri Perak.

Masa cuti sekolah yang lepas, aku mengambil kesempatan untuk bersantai sambil minum di sebuah kedai yang terletak berhampiran Sungai Perak. Satu niat yang telah lama aku pendam.

Bangganya aku dengan sungai perak yang banyak menyimpan dan mengukir sejarah semasa penentangan orang2 Melayu terhadap penjajah Inggeris dahulu. Memang kebetulan kampung mertua aku hanya 15 kilometer sahaja dari Kampong Pasir salak.

Sungai ini juga banyak menyimpan sejarah dan mengingatkan aku tentang cerita2 lama dan nostalgia aku bersama Sungai ini. Semuanya menjadi rahsia dan kenangan yang indah.

Tuesday, January 19, 2010

SAHABAT (2)


Ini salah satu gambar yang diambil di bilik mandi asrama. Semua kekawan ni baru lepas beriadah waktu petang, tu yang nampak selekeh tu. Dan biasalah, bila di bilik mandi masing2 nak tayang body. Bila aku tenung balik gambar tu, ingatan aku terus menerobos zaman persekolahan. Walaupun kekadang tu ada salah faham, malah bertumbuk pun ada tapi tak lah macam bebudak sekarang sampai ada yang mati.

Kes2 buli pun dulu ada. Aku pun biasa kena tapi kena yang berpada-pada la. Dan selalunya bila kena buli, aku tak melawan. Itu saje kunci untuk selamat. Bukan bermakna kita takut tapi tak nak siram minyak pada api yang dah memang tengah marak. Janganlah kita provok lagi. Akhirnya akan terhenti tanpa apa2 kejadian yang tak diingini. Buli atau ragging dulu pun untuk mengajar dan member peringatan.

Tapi kini suasananya berbeza. Masing2 nak tunjuk bagus dan hebat. Akhirnya melarat dan tak boleh lagi berfikir dengan rasional. Aku pun risau kalau ada anak yang duduk di asrama.

Tengoklah pada gambar tu. Yang ada hanyalah muka2 yang ceria dan gembira. Ada orang kalau boleh nak kembali ke zaman itu. Kalau bro Lukman senior aku pula, dia kata buat apa nak kembali ke zaman tu. Mesti terus pandang ke hadapan. Dua2 betul lah tu. Apa yang seronoknya ialah, setelah lama meninggalkan zaman itu, kita dapat bertemu kembali dan bernostalgia bersama kekawan. Cuma adakah kemesraan itu masih sama.

Ada yang dulu kurang mesra, tetapi kini menjadi rakan baik bila dah berusia ni. Ada pula dulu masa zaman sekolah, bergurau senda macam adik beradik tanpa batasan, tetiba bila dah berusia menjauhkan diri dan menyepi.

ORANG TABLIGH

(Aku cukup minat dengan sajak yang entah siapa penciptanya. Jadi aku pinjam untuk tatapan dalam blog ni. Juga aku tujukan sajak ini kepada sahabat baik aku, Zamzuri Zakaria orang Kuala Kangsar.)

Orang tabligh..

Orang Tabligh
Ntah sape la yg bagi nama,
Sedangkan kita sumer kan sama,
Umat Nabi SAW semuanye,
Kerja dakwah kan tanggungjawab bersama,
Nabi dah xde,
kalau kita tak buat,
sape pula,
x kan la keje ustaz dan ulama saja,
Yg kita nih,
xkan nak goyang kaki saje2?


(menurut laporan berita Astro & mufti Perak seratus ribu Melayumurtad di Malaysia)
........tersebut dengn permohonan kepada Jabatan Pendaftaran Negara.untuk rekod; sebanyak lebih daripada 250,000 kes yang samamenanti di JPN untuk menukar agama, kenyataan & kajian Muti Perak.Permohonan sejak tahun 2000 untuk buang perkatan Islam tetapi tidakdibenarkan oleh JPN disebabkan tidak ada kebenaran dari MahkamahSyariah yang membenarkan.)

Orang Tabligh,
Lari!!Larii! Orang Tabligh dtg,
Yg tadi ramai,
sekelip mata je dah ilang,
Yg td segar bugar dah tido terlentang,
Yg sakit kaki pun bleh terjun tingkap lari lintang pukang,
Heh..betul la kata orang,
Nak ajak manusia pada Allah bukannya keje senang.

Orang Tabligh,
Ajak keluar khuruj,
bukannya nanti x pulang,
Yg baru dapat gaji pun kata xde duit,
nak bayar hutang,
Yg tadi sihat pun tiba2 migrain plak datang,
Yg menganggur pun buat2 sibuk bukan kepalang,
Heh, dakwah ni takat cakap je mmg la senang,
Cuba buat,
mmg nak kena sabar,
nak kena tenang,
Lain la kalau ajak pada dunia,
bondong2 org dtg.

Orang Tabligh,
Lorong ke lorong,
hati ke hati,
pintu ke pintu,
Jumpe sumer orang tak pilih bulu,
Dari ustaz sampai le kutu,
Sume nak ditemu,
Nak diajak pd Allah yg satu.
Orang Tabligh,
Jalan bawak periuk belanga,
Dipandang org takat sebelah mata,
Dituduh jahil,
tinggal dunia perkara biasa,
Walaupun kekadang pedih gak telinga,
Nabi dulu2 pun kan selalu kena,
Dituduh dusta,
dipanggil gila,
Itu Nabi,
apatah lagi kita,
Yg banyak salah,
yg banyak dosa,
Takpe2,
Allah kan ada,
Yg Maha Mengetahui,
yg mana intan,
yg mana kaca.

Orang Tabligh,
Kekadang buat silap...adat la manusia,
Mmg tgh nak belajar2 tiru sahabat(r. anhum) yg dah terbukti berjaya,
Terpancung,
terlaser..sori,
bukannya sengaja,
Nak dapat hikmah dlm berdakwah mmg amik masa,
Kena keluar lagi dan lagi la nampaknya.

Orang Tabligh,
Ada kat mana2,
Kat US, Afrika,
kat Israel pun ada,
Dari petani,
engineer,
sampai la Raja,
Pelbagai adat,
perangai beza2,
Tapi bleh makan dlm dulang yg sama,
Bila keluar jemaah sumer dilayan serupa,
Bila nak berpisah..isk2. .kluar plak air mata.

Orang Tabligh,
Nak hidupkan sunnah Nabi,
Janggut,
jubah,
seluar atas buku lali,
Kalau nak diikutkan,
mmg ader byk lagi,
Kekadang tu kena gak perli,
"Kita skang kan di zaman IT"
"Tak main la sunnah2 nih!"
Jgn la mcm tu bang,
kita kan nanti mati,
Kang menyesal esok,
sapa yg rugi?
Kan diri sendiri..

Orang Tabligh,
Manusia biasa,
ada hati,
Sedih bila diperli,
sakit bila dimaki,
Bila tinggalkan rumah,
rindukan famili,
Kalau nak ikutkan hati,
mmg nak dok rumah,
bergurau dgn bini,
Or ajak anak main lari2,
Or layan PS2 sampai pagi,
Tapi untuk mengejar kebahagiaan abadi,
Kena korban lagi dan lagi,
Yela..hidup ni kan cuma sekali,
Kalau sekang tak buat jyunbi(persiapan) ,
bila lagi?

Orang Tabligh,
Malam2 doa hidayat,
Fikir risau,
camne nak selamatkan umat,
Supaya di akhirat suk semua selamat,
Orang skang ingat hidayat bleh senang2 dapat,
Tak perlu susah2,
tak perlu keringat,
N tak mau plak jumpe masyarakat,
Just bz buat ibadat,
Kalau camtu xde la kita ni "The Best Ummat".

Orang Tabligh,
"Apsal la ulama India yg jadik ikutan??"
Mmmm...kan Nabi dulu dah pesan,
Sape saja yg bawak kebenaran,
Tak kisah la orang Arab ke bukan,
Sume kena bagi sokongan,
Yg Allah pandang bukan luaran tapi kan Iman,
Bab mazhab jgn bimbang still sendiri punye pegangan,
So x jadik masalah la kan?

Orang Tabligh,
Ajak keluar 3 hari,
"I can't go..sorry!"
Yg dah kawin tak nak berenggang dgn isteri,
Yg si isteri mati2 tak nak suami dia pergi,
Berderai2 air mata keluar mcm air pili,
"Kalau abg nak gi jugak, antar saya blik kampung esok pagi!!"
Heh, org laki mmg lemah bab air mata nih,
Si suami pun letak balik beg,
tak jadik pergi,
Yg td josh(bersemangat) tak ingat pon,
jadik lemah seluruh sendi,
Kes2 camni mmg byk terjadi,
Bleh tgk dgn mata kepala sendiri,
Tp kalau bab dunia(cth:kursus naik pangkat),
"no prob.,anytime kami ready!"
Si isteri lambai pemergian suami dgn wajah berseri2,
Hey, of course la,
nanti husband I dpt naik gaji,
Wife mana la yg tak happy,
Heh..ni la realiti,
Bab dunia,
tak yah diajak pun semua pakat2 reti,
Bab akhirat,
masing2 buat x kesah,
x amik peduli,
Ya Allah selamatkan lah kami!

Orang Tabligh,
Bukan nak takhta,
harta,
ataupun kuasa,
Atau nak berlagak mcm dah tera,
Tak jugak nak kafirkan sape2,
Atau sibuk2 pergi mintak derma,
Cuma nak amalkan agama yg sempurna,
Dgn korbankan sendiri punya diri,
duit dan masa,
Nak selamatkan manusia kesemuanya,
Dari kena masuk neraka,
Nak supaya Allah redha,
masukkan kita dlm syurgaNya,
Itu saja...

Orang tabligh,
Seluruh dunia...naik kapalterbang.
..pakai selipar jepun sahaje...Ikhlas,
..no sponsor....no subsidy.....
passport penuh cop many countries..
Ade yang kerja tukang kebun sahaja...
nak tanya nafkah batin?
Balik dari keluar,
macam pengantin baru...
sama seperti balik dari fardhu haji........
..Sayangkan bini tinggal-tinggalkan
..sayangkan anak...rotan digantungkan.
.....sunnah nabi...bukan untuk mendera...
speed limit sahaja...
kenapa sibuk dakwah orang..
keluarga, anak isteri belum betul lagi..
Nabi Nuh A.S. ,
anak isteri tak mau ikut...
kalau Nabi Nuh ikut teori tersebut,
tak naik bahteralah jadiknye...
Abu Jahal bapa saudara Nabi Muhammad SAW tak mau ikut..
Kalau Nabi Muhammad SAW ikut teori tersebut...
tak buat dakwahlah Nabi....
tak sampailah Islam ke M'sia ni...

Orang Tabligh,
Selekehkah,
tak de ilmu,
compang camping kah,
berbaulah..
itu mungkin segelintir & cerita lama agaknya.
You can't blame the teachers.
You have to blame the distortions and ignorance of their followers.
Balighuanni walau ayah...
Saidina Abu Bakar received the first kalimat terus buat dakwah...
if he waits tunggu complete ilmu,
he will not be top performers after Nabi Muhammad SAW.
Global politic & economy with no borders & chauvinism,
M'sian, New Yorkers & Palestinians
duduk makan satu talam in Nizamuddin..

...(tidak tahu siapa penulis-penulis asal, semoga beliau dirahmati Allah.)