Friday, October 9, 2009

BUMI PERMATA (1)


Kalau dilihat pada title blog, Aku anak peneroka felda. Tapi tak keluar langsung cerita pasal Felda. So aku nak cerita sikit masa aku sekolah rendah. Kalau korang tengok pada gambar (gambar menceritakan segala-galanya), agak2 apa ayat atau pandangan pertama korang. Budak sekolah tak berbaju, lari tak tentu hala, eh eh kenapa ada sorang murid perempuan, cantik pemandangan kat belakang tu, eh budak sekolah tamil ke yg pakai seluar pendek ni.

Inilah suasana sekolah waktu pendidikan jasmani di sebuah sekolah pedalaman pada tahun 80an. Ya, memang felda besout masa tu berada di pedalaman. 25 kilometer dari jalan besar yang terpaksa melalui jalan ladang bertanah merah, melalui pinggir hutan yang kalau bernasib baik boleh bertembung dgn gajah atau harimau. ini semua bukan cerita penyedap, memang itulah realitinya ketika itu.

Tapi kini felda besout tidak lagi pedalaman malah sudah dihubungkan dengan jalanraya yang cantik, malah jalan pintas dari slim river sedang dalam peringkat akhir. Jalan pintas ke sungkai telah lama digunakan selain jalan masuk dari jalanraya persekutuan.

Kalaulah anak murid aku lihat gambar ni, sedarlah korang semua bahawa cikgu kamu dahulu belajar dalam keadaan yang serba kekurangan atau memang kurang pun. apa yang ada hanyalah asas untuk belajar iaitu rumah peneroka yang diubah menjadi kelas pembelajaran. Bila tiba pertukaran waktu subjek, maka cikgu akan beredar turun ke rumah yang lain. Waktu Pendidikan Jasmani hanyalah bola, bola, bola dan bermain tanpa baju sebab bermain di kawasan padang tanpa rumput.

Jauh sekali pada waktu itu untuk mendengar istilah laptop,pc,etems, bulan bahasa, bulan patriotisme, bulan dan bulan entah macam2 lagi sekarang ni. Tapi kitorang masa tu tetap semangat dan cintakan negara tanpa pelancaran dan mcm2 lagi aktiviti yang ada di sekolah pada hari ini. apa yang kami tau hanya belajar, buat latihan, hantar latihan, belajar, buat latihan, hantar latihan berulang2 kali.

Tapi mungkin ada yang kata dulu lain sekarang lain. Ya, memang diakui, tapi orang dahulu tetap boleh cemerlang dalam keadaan yang memang terlampau kekurangan serba serbi.......

1 comment:

  1. dulu mak selalu cerite pasal org susah nak belajar tapi tetap tekun belajar.
    pat pulak dok tetengah bandar ni ha dgn segala kemudahan, tp malas nak mati kalau bab belajar.
    tapi pat selalu lawan balik cakap kat mak yg orang susah tp bahagia, mesti dpt belajar.
    tp kalau senang tp hati asyik susah, dah la muka mak bapak susah sgt nak nampak, pon tak leh blaja gak.
    hihihi.
    dasar anak suka melawan.
    tapi betol la kan?

    ReplyDelete