Sunday, October 11, 2009

RAYA RAYA RAYA





Baru sekejap tadi kuaters tempat aku tinggal mengadakan majlis sambutan hariraya. Memang majlis ni wajib ada dalam takwim kitorang. Sendiri bikin, sendiri atur, sendiri makan, sendiri kemas. Itulah suasana dan semangat kampung yang masih mengalir dalam darah kitorang. Sememangnya hampir semua penghuni di sini adalah berasal dari kampung. Walaupun hidup di tengah bandar, kelompok warga pendidikan ni masih relevan dgn budaya melayu yang saling membantu.

Bermula dari pagi hinggalah ke petang kitorang bergotong-royong menyiapkan juadah utk malam hari. Petang biasanya hampir selesai dan sambil2 tu bersantai. Dan sudah pastinya gurau senda memainkan peranan utk mengeratkan silaturrahim sepanjang masa perjalanan persedian majlis ini sehingga ke akhirnya. Dalam gurau senda pastinya terselit pelbagai kisah dan sindiran yang perlu telinga yang tebal kepada penerimanya. Itu semua menjadikan kitorang sangat rapat dan happening.

Di kuarters ni juga ada bekas senior aku di Izzuddin iaitu Haji Ampandi Omar pemenang roda impian yang aku tak ingat musim ke berapa.Dalam gambar berbaju putih. Ampandi ni ada diceritakan oleh bro lukman dalam blognya orang kecil orang besar. Bro lukman ni juga pelajar Izzuddin yang kini pensyarah di UUM Sintok.

Berbalik pada majlis tadi, semua anak2 diberi ang pow raya oleh bendahari dari tabung kitorang yang boleh tahan juga. Seronok lihat gelagat anak2 yang diatur oleh seorang penghuni yang kami gelar Pokcik Jali Kelate.

Macam nilah suasana kelompok guru di tengah bandar Kuala Lumpur. Suasana inilah yang mungkin aku rindukan sekiranya aku bertukar ke tempat lain. Kerana itu aku masih boleh bertahan di sini. Lebih 10 tahun aku menginap di kuarters ini. Segala macam kerenah dan ragam dapat kami atasi dengan semangat persaudaraan yang erat.

Lihatlah tempat tinggal yang berada di tengah bandaraya yang banyak melakar kehidupan aku lebih satu dekad yang tidak tahu bila penghujungnya.Macam tajuk sebuah lagu yang diingatkan oleh anjang, Kuala lumpur oh Kuala Lumpur, aku merinduimu. Mudah2an kami semua sentiasa dalam limpah rahmat dari Allah hendaknya.....Amin

5 comments:

  1. aku dulupun memang nak duduk kl yat. apa boleh buat tuhan tak bagi agaknya.

    ReplyDelete
  2. zehe :selamat berblooger..tapi tenis jangan tak main ni (blog ore lain ni pinjam)kalah raja petra ..

    ReplyDelete
  3. bestnye jamuan raya.
    kalau tak nak pindah, rumah sendiri tu sewa lah kat org lain.
    mmg strategik tol tempat tinggal abg zayyat tu.

    ReplyDelete
  4. Salam

    Hang dok sekali Ampandi ka?

    Aku pernah juga beberapa kali ke kuarters Kpg Baru tu.

    Lukmanw

    ReplyDelete
  5. Bro Lukman, kalau datang KL singgah la kuarters kitorang. boleh jumpa dua orang xsis.

    ReplyDelete