Wednesday, October 7, 2009

SASTERAWAN

Hari ini di sekolah ada pelancaran bahasa yang dirasmikan oleh seorang sasterawan iaitu Mohd Sidek bin Mohd Dollah. Nama penanya Mas Adeki. Beliau juga merupakan bekas guru yang telah berpencen dgn jawatan akhir sebagai pengetua. Ada ungkapan atau pepatah yang menarik dari beliau tentang JANGAN yang sesuai untuk murid2 sekolah rendah.

Jangan jadi bodoh mesti jadi pandai

Jangan jadi jahat mesti jadi baik

Jangan jadi malas mesti jadi rajin

Jangan jadi miskin mesti jadi kaya

Jangan jadi malang mesti jadi cemerlang

Jangan jadi goblok mesti jadi glokal

Jangan jadi lemah mesti jadi kuat

Jangan jadi takut mesti jadi berani

Jangan jadi biasa mesti jadi hebat

1 comment:

  1. bagus la ungkapan tu. sok bleh baca kat bebudak baik sgt kat skola tu. huhuhu.

    ReplyDelete