Friday, October 9, 2009

AKU, SEKOLAH DAN KUBUR (2)



Aku masukkan 2 gambar ni dan korang nampak tak apa yang aku nampak. Bukan momok atau kliwon tapi apa yang ada pada tembok sekolah aku tu. Entry lepas aku dah bagitau ini adalah tanah perkuburan Islam taman Ibukota. Apa yang ada pada tembok tu ialah contengan-contengan artis seni yang tak ada lesen.

Sekolah aku dah dua kali memadam contengan ini dgn cat yang baru hinggalah akhirnya gurubesar beri pandangan, biarkan sahaja sebab walaupun tembok kita tapi di luar kawasan dan bidang kuasa kita untuk mengawal aktiviti ni. Memang betul pun.

Pernah seorang penduduk setempat menyuarakan pandangan, kenapa dibiarkan dan tidak dikawal contengan itu. Apakah pihak sekolah yang patut bertindak dan mengambil tindakan sedang yang melakukannya sudah tentu bukan warga sekolah atau kanak2 seusia sekolah rendah.

Contengan ini ada disebut dalam lagu kumpulan rock May iaitu lagu bertajuk Grafiti. ha inilah contoh grafiti yang baik. Memang mulanya contengan itu nampak menarik dan seni dan bukan semua orang boleh buat. Hanya yang berbakat dan berani sahaja yang boleh buat. Kenapa aku kata berani, sebab contengan ini tidak dilakukan di siang hari tetapi di tengah malam hari di tepi tanah perkuburan. Kalau tanah perkuburan di kawasan kampung, tidak ada yang sanggup bersantai di tengah malam tanpa sebab.

Akhirnya bakat yang baik itu mula ditiru oleh artis2 yang tak ada bakat, maka keluarlah contengan2 perkataan yang lucah dan berbaur makian yang ditujukan entah kepada siapa. Mungkin ditujukan kepada diri sendiri kut.Yang tak sedapnya, setiap kali ada jenazah yang akan dikebumikan maka setiap pengunjung juga akan membaca dan melihat contengan buruk itu. Mungkin sahabat aku Mahdi Al-Helmy pegawai agama di JAIWP boleh bagi pendapat sikit kut.

Jumpa lagi pada entry yang lain pasal kubur............

No comments:

Post a Comment