Sunday, October 11, 2009

RAYA RAYA RAYA





Baru sekejap tadi kuaters tempat aku tinggal mengadakan majlis sambutan hariraya. Memang majlis ni wajib ada dalam takwim kitorang. Sendiri bikin, sendiri atur, sendiri makan, sendiri kemas. Itulah suasana dan semangat kampung yang masih mengalir dalam darah kitorang. Sememangnya hampir semua penghuni di sini adalah berasal dari kampung. Walaupun hidup di tengah bandar, kelompok warga pendidikan ni masih relevan dgn budaya melayu yang saling membantu.

Bermula dari pagi hinggalah ke petang kitorang bergotong-royong menyiapkan juadah utk malam hari. Petang biasanya hampir selesai dan sambil2 tu bersantai. Dan sudah pastinya gurau senda memainkan peranan utk mengeratkan silaturrahim sepanjang masa perjalanan persedian majlis ini sehingga ke akhirnya. Dalam gurau senda pastinya terselit pelbagai kisah dan sindiran yang perlu telinga yang tebal kepada penerimanya. Itu semua menjadikan kitorang sangat rapat dan happening.

Di kuarters ni juga ada bekas senior aku di Izzuddin iaitu Haji Ampandi Omar pemenang roda impian yang aku tak ingat musim ke berapa.Dalam gambar berbaju putih. Ampandi ni ada diceritakan oleh bro lukman dalam blognya orang kecil orang besar. Bro lukman ni juga pelajar Izzuddin yang kini pensyarah di UUM Sintok.

Berbalik pada majlis tadi, semua anak2 diberi ang pow raya oleh bendahari dari tabung kitorang yang boleh tahan juga. Seronok lihat gelagat anak2 yang diatur oleh seorang penghuni yang kami gelar Pokcik Jali Kelate.

Macam nilah suasana kelompok guru di tengah bandar Kuala Lumpur. Suasana inilah yang mungkin aku rindukan sekiranya aku bertukar ke tempat lain. Kerana itu aku masih boleh bertahan di sini. Lebih 10 tahun aku menginap di kuarters ini. Segala macam kerenah dan ragam dapat kami atasi dengan semangat persaudaraan yang erat.

Lihatlah tempat tinggal yang berada di tengah bandaraya yang banyak melakar kehidupan aku lebih satu dekad yang tidak tahu bila penghujungnya.Macam tajuk sebuah lagu yang diingatkan oleh anjang, Kuala lumpur oh Kuala Lumpur, aku merinduimu. Mudah2an kami semua sentiasa dalam limpah rahmat dari Allah hendaknya.....Amin

Saturday, October 10, 2009

ROCK (2)


Kalau orang lama macam anjang, agak2 kenal tak penyanyi rock yang duk kat tengah2 tu dengan dikelilingi oleh pelajar2 sekolah agama. Mesti peminat2 rock yang membesar pada sekitar tahun pertengahan 80an kenal penyanyi yang suaranya sedap dan ada kelasnya tersendiri.

Pada yang masih meneka, itulah aris ariwatan yang antara lagunya yang terkenal ialah lamunan terhenti. Betul ke tajuk lagu ni anjang. Dalam gambar tu yang berdiri kebanyakannya batch aku di Izzuddin. Yang bagusnya ada duapeminat yang duduk mencangkung depan paling kiri dan kanan adalah pelajar junior kitorang. Bila konsert boleh la berbaik pulak dan cover line masing2. Yang lelain tu ustaz sham, cikgu razak, ustaz izam, aku la pulak, mencangkung tengah rani dan ikram(berbaju hitam).

Cuma sekarang aku terfikir balik, dalam banyak2 hal pasal konsert, kenapa anjang tak pernah terlibat sedangkan dia adalah pemuja rock kapak. Ada dua jawapan yang mungkin.

1) Anjang tengok konsert pada masa dan waktu yang lain.(masa tu memang selalu ada konsert rock di stadium tertutup Indra Mulia,Ipoh

2) Anjang tak mahu terlibat dengan budak2 lompat pagar sekolah

Apa-apa pun itulah zaman yang sungguh seronok. Yang bagusnya, bila sesekali reunion, masih ada lagi sisa2 dan baki sifat2 rock kapak pada batch kitorang. Ya, mungkin sebab kitorang membesar dengan lagu2 rock kapak malah masih ada lagi penyanyi rock kapak yang terus berjuang di bidang seni seperti Mus May, Amy Search, Awie Wings, dan ramai lagi. Cuma pendekatannya mungkin berbeza selari dengan usia yang semakin meningkat. So, samalah dengan peminat diorang seperti kami.

Friday, October 9, 2009

BUMI PERMATA (1)


Kalau dilihat pada title blog, Aku anak peneroka felda. Tapi tak keluar langsung cerita pasal Felda. So aku nak cerita sikit masa aku sekolah rendah. Kalau korang tengok pada gambar (gambar menceritakan segala-galanya), agak2 apa ayat atau pandangan pertama korang. Budak sekolah tak berbaju, lari tak tentu hala, eh eh kenapa ada sorang murid perempuan, cantik pemandangan kat belakang tu, eh budak sekolah tamil ke yg pakai seluar pendek ni.

Inilah suasana sekolah waktu pendidikan jasmani di sebuah sekolah pedalaman pada tahun 80an. Ya, memang felda besout masa tu berada di pedalaman. 25 kilometer dari jalan besar yang terpaksa melalui jalan ladang bertanah merah, melalui pinggir hutan yang kalau bernasib baik boleh bertembung dgn gajah atau harimau. ini semua bukan cerita penyedap, memang itulah realitinya ketika itu.

Tapi kini felda besout tidak lagi pedalaman malah sudah dihubungkan dengan jalanraya yang cantik, malah jalan pintas dari slim river sedang dalam peringkat akhir. Jalan pintas ke sungkai telah lama digunakan selain jalan masuk dari jalanraya persekutuan.

Kalaulah anak murid aku lihat gambar ni, sedarlah korang semua bahawa cikgu kamu dahulu belajar dalam keadaan yang serba kekurangan atau memang kurang pun. apa yang ada hanyalah asas untuk belajar iaitu rumah peneroka yang diubah menjadi kelas pembelajaran. Bila tiba pertukaran waktu subjek, maka cikgu akan beredar turun ke rumah yang lain. Waktu Pendidikan Jasmani hanyalah bola, bola, bola dan bermain tanpa baju sebab bermain di kawasan padang tanpa rumput.

Jauh sekali pada waktu itu untuk mendengar istilah laptop,pc,etems, bulan bahasa, bulan patriotisme, bulan dan bulan entah macam2 lagi sekarang ni. Tapi kitorang masa tu tetap semangat dan cintakan negara tanpa pelancaran dan mcm2 lagi aktiviti yang ada di sekolah pada hari ini. apa yang kami tau hanya belajar, buat latihan, hantar latihan, belajar, buat latihan, hantar latihan berulang2 kali.

Tapi mungkin ada yang kata dulu lain sekarang lain. Ya, memang diakui, tapi orang dahulu tetap boleh cemerlang dalam keadaan yang memang terlampau kekurangan serba serbi.......

AKU DAN ANJANG (2)


Dalam gambar ni ada kawan aku anjang yg aku cerita dalam entry yang lepas. Agak2 korang yang mana satu anjang. Jeng! jeng! anjang yang tengah duk sedap balun lagu tu. Gambar ni diambil masa kitorang gang2 xstudent Sekolah agama Izzuddin Shah buat reunion kat tanjung malim. Tanjung malim ni banyak kenangan aku sebab aku duk kat maktab sini dulu. So, kitorang buat reunion kat restoran yang santai iaitu Dusun Bay . Masa dulu tak ada lagi tempat ni.

Dua orang lagi dalam gambar tu Nizam seorang anggota keselamatan berpangkat juga dan Saiful Azhar. Berbalik cerita pasal anjang ni, dia cukup suka jamming. Dia memang berbakat dalam seni muzik. Kalau baca blog dia ada bercerita pasal persembahan yang selalu dibuat untuk sebarang majlis di sekolahnya. Tapi bukanlah dia yang buat persembahan tapi pengurus kepada pelajar2nya. Kalau di luar sekolah, ha tengoklah gelagat dia. Aku dan gang duk perangat supaya dia memberikan suara pada malam tu. memang kelas dan tak mengecewakan. Aku yang tak boleh menyanyi ni cuma tumpang seronok dan bangga.

Anjang kata nafas dia dah semput sikit tapi aku rasa masih kuat dan mengancam. Ok tu anjang. Next reunion pastikan tempat yang ada karaoke. Boleh tahan budak sekolah agama ni.....

AKU, SEKOLAH DAN KUBUR (2)



Aku masukkan 2 gambar ni dan korang nampak tak apa yang aku nampak. Bukan momok atau kliwon tapi apa yang ada pada tembok sekolah aku tu. Entry lepas aku dah bagitau ini adalah tanah perkuburan Islam taman Ibukota. Apa yang ada pada tembok tu ialah contengan-contengan artis seni yang tak ada lesen.

Sekolah aku dah dua kali memadam contengan ini dgn cat yang baru hinggalah akhirnya gurubesar beri pandangan, biarkan sahaja sebab walaupun tembok kita tapi di luar kawasan dan bidang kuasa kita untuk mengawal aktiviti ni. Memang betul pun.

Pernah seorang penduduk setempat menyuarakan pandangan, kenapa dibiarkan dan tidak dikawal contengan itu. Apakah pihak sekolah yang patut bertindak dan mengambil tindakan sedang yang melakukannya sudah tentu bukan warga sekolah atau kanak2 seusia sekolah rendah.

Contengan ini ada disebut dalam lagu kumpulan rock May iaitu lagu bertajuk Grafiti. ha inilah contoh grafiti yang baik. Memang mulanya contengan itu nampak menarik dan seni dan bukan semua orang boleh buat. Hanya yang berbakat dan berani sahaja yang boleh buat. Kenapa aku kata berani, sebab contengan ini tidak dilakukan di siang hari tetapi di tengah malam hari di tepi tanah perkuburan. Kalau tanah perkuburan di kawasan kampung, tidak ada yang sanggup bersantai di tengah malam tanpa sebab.

Akhirnya bakat yang baik itu mula ditiru oleh artis2 yang tak ada bakat, maka keluarlah contengan2 perkataan yang lucah dan berbaur makian yang ditujukan entah kepada siapa. Mungkin ditujukan kepada diri sendiri kut.Yang tak sedapnya, setiap kali ada jenazah yang akan dikebumikan maka setiap pengunjung juga akan membaca dan melihat contengan buruk itu. Mungkin sahabat aku Mahdi Al-Helmy pegawai agama di JAIWP boleh bagi pendapat sikit kut.

Jumpa lagi pada entry yang lain pasal kubur............

AKU DAN ANJANG (1)


Sekarang bercerita pasal anjang pulak. Anjang ni anak peneroka Felda Trolak,kawan semasa di Izzuddin. Seorang blogger yang aktif. ada aku link blog dia kat sebelah. Sekarang seorang guru di SMK. Gambar ni kitorang ambik kat rumah anjang masa Form 3 cuti sekolah. Dalam gambar tu aku dgn anjang aje budak izzuddin. yang lain tu member kampung anjang di Trolak. kalau berselisih pun sekarang mungkin aku dah tak kenal.Ada banyak lagi gambar aku dgn gang trolak ni yang mungkin anjang sendiri tak sedar atau tak pernah tengok. aku akan keluarkan satu2 dalam entry akan datang.Lupa nak terang.Dalam gambar tu aku paling kanan dan diikuti dgn anjang, tuan punya rumah. Hah ! ada lagi satu perkara yang baru aku ingat, masa ni ayah dan aruah mak anjang sedang mengerjakan haji, so anjang, aku n the gang berpesta la pulak.

EPSON DALAM KENANGAN (1)


Aku percaya pada satu ungkapan yang pernah aku dengar iaitu gambar menceritakan segala-galanya. Gambar di atas diambil semasa aku sebagai pekerja industri atau pekerja kilang di Seiko-Epson Precision di Free Trade Zone Sungai Way. Kilang tu sangat top dulu dan kini memindahkan operasinya di Damansara. Dalam gambar tu aku berdiri kanan sekali sambil menyeluk saku. Masa tu berambut panjang paras bahu. memang happening masa tu. dapat isteri pun kat sini. Gaji terakhir aku termasuk overtime sebelum masuk maktab untuk menyambung cita2 yang terhenti seketika ialah RM1300.00, satu pendapatan yang lumayan pada masa tu melebihi gaji cikgu graduan masa tu. Tapi ada hikmahnya aku berhenti. Banyak lagi kisah di sini...baru cerita (1). Tunggu...