Tuesday, November 24, 2009

PENGAWAS


Teringat dulu masa di sekolah menengah. Sesiapa yang menjadi pengawas akan digelar dengan bermacam2 gelaran yang kurang menyenangkan. Sebabnya adalah mudah. Pengawas merupakan polis di sekolah yang akan melaporkan segala kesalahan yang dilakukan oleh warga murid kepada guru disiplin.

Gelaran yang diberi antaranya talibarut, balaci dan sebagainya. Dan selalunya pengawas berada dalam situasi yang kurang memberi kelebihan dan tersepit antara rakan dan peraturan yang perlu dikuatkuasakan. Dan selalunya rakan menjadi dominan supaya pengawas2 ni menjadi orang yang boleh dipercayai.

Mungkin di sekolah rendah situasinya tidaklah seburuk sekolah menengah. Namun pada masa kini, pengawas yang mendapat ugutan dari rakan2 dan terpaksa menutup mata atas kesalahan yang dilihat sudah menjadi perkara biasa. Guru2 di sekolah menengah terutamanya guru disiplin juga menghadapi pelbagai risiko dalam menegakkan peraturan sekolah. Kes2 ugutan dari pelajar, ibubapa pelajar, saman dan sebagainya sudah tidak menjadi taboo pada masa kini.

Adakah kes2 menyaman guru oleh pelajar dan ibu bapa pelajar ini menjadi trend dalam dunia pendidikan pada masa kini yang selalunya hanya melibatkan orang berkepentingan dalam politik. Budaya orang2 politik ini sudah meresap dalam dunia pendidikan yang sepatutnya bersih dari sebarang ugutan. Tambah2 yang diugut dan hendak disaman itu adalah orang yang bertanggungjawab memberi ilmu kepada anak2 kita.

2 comments:

  1. Aku pun masa jadi pengawas pernah dipanggil mat talam.

    ReplyDelete
  2. baru aku ingat anjang. masa kat izzuddin, gelaran utk pengawas mat talam sbb pengawas boleh bermuka2. tapi itu je cara nak selamat.

    ReplyDelete