Tuesday, November 10, 2009

MANA PILIHAN AKU?




Kekadang aku keliru, manakah hala tuju aku suatu ketika nanti. Mungkin andaian ini selepas usia semakin meningkat. Aku memang selalu berimaginasi dan berangan. Sebab itu ada rakan aku semasa belajar di sekolah menengah dulu mengatakan aku suka mengelamun atau berkhayal. Tabiat ini masih lagi bersisa hingga ke hari ini.

Kekadang ada terfikir, nak balik bertukar ke kampung dan menetap terus di sana.Diselangi dengan bertani atau menternak haiwan. Dan terus jadi penternak atau peladang jaya. Ha ha, memang kelakar. Aku rasa faktor masa dan usia tak memungkinkan aku mencipta peluang itu. Ada ketikanya pula aku merasakan seronok dan mesti terus berada di metropolitan. Jadi penghuni yang terus mengekori rapat segala kemudahan sebuah kota metropolitan. Kehendak dan khayalan ini terus bersilih ganti tanpa apa2 keputusan yang konkrit.

Kalau anjang atau rakan2 yang telah berkhidmat dari mula lagi di kampung, mungkin tidak perlukan sebarang pilihan, selain terus melayari perjalanan hidup di desa atau luar bandar. Sudah pastinya sudah tetap hala tuju dan strategi masing2. Aku pula masih terawang2. Kota atau desa. Desa atau kota. Akhirnya khayalan aku terputus macam tu saja tanpa apa2 keputusan.....

1 comment:

  1. yat sebenornya aku pun belum dapat membuat pilihan sama ada nak menetap terus di sini atau berhijrah ke tempat lain. Kadang-kadang rasa nak beralih angin je

    ReplyDelete