Friday, July 9, 2010

KEMBALI

Sudah agak lama aku tak menulis dalam ruangan ini. Aku pun tak tahu kenapa tiba2 semangat ku menjadi beku dan kaku. Yang pasti, satu laman sembang popular terkini yang menjadi kegilaan ramai orang mempengaruhi tumpuan aku.

Kerana menyedari hakikat itu maka aku rehat seketika dan menarik diri dari laman sembang untuk memberi tumpuan kepada blog yang aku sayang ini. Memang menyeronokkan melayari laman sembang itu. Kesannya amat sekali, kerananya aku dapat berhubung semula malah sehingga dapat berjumpa kembali melalui program reunion yang diusahakan bersama.

Namun aku juga perlu menyedari bahawa tanpa kawalan disiplin yang baik, sedikit sebanyak tumpuan aku kepada urusan kerja dan keluarga terjejas tanpa disedari. Tidak mengapa untuk yang boleh mengawal diri tetapi tidak untuk diriku, kerana aku amat lemah untuk mendisiplinkan diri.

Blog pula memberi kepuasan kepada diri sendiri. Aku bebas untuk melontarkan idea tanpa sekatan dan rasanya aku boleh mengawal diri ku untuk lebih bijak menggunakan masa.

Kepada rakan2 dan sesiapa juga yang mengenali diri ini, aku berjanji akan kembali ke laman sembang setelah aku dapat mengawal disiplin dan penggunaan masa yang bijak.

No comments:

Post a Comment